BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 5 Ogos 2009

Menarik Jugak Citer nih


Beli insurans ? Buat aper ..membazir jer ! ....Betul ker membazir ?????

Dafiadalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulanyang lalu.

Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemuibeliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untukmelindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kinisudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak olehdafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nakbeli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipunaku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuranbulan-bulan.”

Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapatmenangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah maw idengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudianmenghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal..sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!

Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimanahendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaanyang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefonbimbit m-mobile nya..

Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat
Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..
Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..
Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..
“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..
“Abang dafi eksiden semalam..” jawap adik manis (adik perempuan dafi) itu lagi..
==========
Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..
Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anakmuda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadapinsuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawapdan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidakpenting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satupembaziran pada padangan mereka..
Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-

  • Diri anda sendiri
  • Isteri & anak-anak
  • Ibu & bapa (kadangkala)
Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Andaseharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatananda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungankecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risauanak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..

Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit..lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaringsahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatananda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayarhutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedaimamak?…
Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…

Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insuran“…pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda sertajangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadipenjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!
Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?


>>> fikir2kan lah yer

Panel Hospital Bg Pemegang Kad Medikal Great Eastern

>>>> Anda ingin mengetahui panel2 hospital bg Great Eastern untuk memudahkan anda di saat kecemasan kelak.

Sila lawati laman ini : -

http://www.lifeisgreat.com.my/lig4/newlig/products/PDF/HospitalPanel01_122008.pdf

pastikan anda miliki kad medikal demi masa depan kesihatan anda dan keluarga.....