BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 22 Julai 2009

Pentingkah Insurans ?

Assalammualiakum & Salam Sejahtera......

Insurans ....Anda pasti anda sudah tahu bila masa terbaik membeli polisi insurans ?
Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, kebanyakan orang akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Insurans? Saya belum terfikir lagi untuk membeli insurans”. Saudara… untuk membeli insurans, anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!

Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan insurans. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda. Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans hayat itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi. Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan insurans atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Sekiranya baru-baru ini anda menghidapi penyakit yang memerlukan rawatan susulan contohnya kanser,adakah anda sudah bersedia dengan kewangan yang mencukupi untuk rawatan 'kemoterapi' ? Adakah anda sudah ada jalan penyelesaian untuk ini ? Adakah anda akan meminjam dr bank ? meminta derma ? menjual harta atau rumah ? ..dimana pulak isteri dan anak-anak anda nk tinggal kelak ?

Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.Berminat mengetahui lebih lanjut hubungi saya Dyana 017-6834429 email/ym/msn : sham_dyana@yahoo.com / sham_dyana21@hotmail.com .




0 ulasan: